26 June 2011

8 Jenis Penyakit



Selain untuk bertahan hidup , makanan juga boleh menjadi musuh jika seseorang menderita penyakit. Menghindari makanan yang dipantangkan adalah cara terbaik yang boleh dilakukan pesakit berbagai macam penyakit. Menjauh dari makanan yang dipantangkan adalah langkah berjaga-jaga agar penyakit yang diderita tak sering-sering kambuh yang boleh menggangu aktiviti sehari-hari. Ini adalah jenis penyakit dan pantangannya, seperti dikutip dari eHow dan BBCnews, healthandage, Kamis (11/3/2010).


1. Jantung- Elakkan makanan yang berlemak, seperti daging, minyak santan dan makanan yang mengandungi banyak garam.


2. Hepatitis A- Elakkan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah, terutama yang tidak boleh dikupas.Elakkan kerang mentah, tiram, remis, mayonis, keju, krim, yogurt dan elakkan makan ikan dari perairan yang berpotensi tercemar.


3. Anemia- Kurangkan pengambilan kafein dan alkohol kerana boleh mengikat darah. Makan makanan yang kaya zat besi seperti epal, pisang, aprikot, plum, asparagus, labu, ubi rambat, brokoli dan sayur-sayuran berdaun hijau, daging merah, tahu dan biji-bijian.


4. Diabetes- Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi gula, tepung dan tinggi karbohidat. Juga elakkan buah-buahan seperti durian, air kelapa, pisang ambon.


5. Kanser- Elakkan makanan yang banyak mengandungi akrilamida, yang terdapat pada makanan yang dipanggang dan digoreng seperti kentang goreng, kerepek, roti goreng, biskut, keropok dan sarapan bijirin. 


6.Liver- Elakkan makanan yang mengandungi banyak protein seperti daging, susu, kacang-kacangan, dan produk soya. Juga elakkan makanan yang mengandungi banyak garam.


7. Asma- Elakkan makanan yang menyebabkan pengeluaran lendir berlebih seperti susu, keju dan produk susu lain, gula putih, tepung putih, roti putih dan coklat. Elakkan juga makanan yang boleh menyebabkan reaksi alergi seperti telur, susu, gandum, ikan, kerang, kacang-kacangan, soya dan kacang tanah, serta makanan yang mengandungi sulfida seperti acar, sayur-sayuran dan buah-buahan kering, dan udang. 


8. Migrain- Elakkan pengambilan merokok, minuman beralkohol, kopi, coklat dan produk-produk coklat, teh hitam dan hijau dan minuman ringan. Elakkan juga makanan dengan bahan pengawet dan aditif seperti MSG ((monosodium glutamat), pati ekstrak, atau produk protein nabati terhidrolisis dengan label yang menyebutkan "rasa alami". 


9. Buasir- Jangan makan makanan yang bersifat panas dan mengandungi lemak (penyebab sembelit) seperti pedas, daging dan junk food. Makanlah makanan yang banyak serat, seperti sayur-sayuran, roti gandum, buah, bujirin dan kekacang.


10. keputihan-Elakkan makanan berlemak seperti daging, susu, santan, margarin, hotdog, buger, kopi, coklat, minuman berkafein dan minuman berkarbonat.



No comments:

Post a Comment