22 July 2011

KELEBIHAN MEMBACA BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM












1.. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah 
BISMILLAH. pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..

2.. 
BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3.. Tatkala 
BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4.. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah 
BISMILLAH  itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH  dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah 
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.. Jumlah huruf dalam 
BISMILLAH  ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30). Ibnu Masud berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalahBISMILLAH  19 kali setiap hari. '

7.. Tiap huruf 
BISMILLAH  ada JUNNAH (penjaga/khadam) Hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH  maka, kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.'


8.. Barangsiapa yang memuliakan tulisan
BISMILLAH , nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.. Barangsiapa yang membaca 
BISMILLAH  maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca 
BISMILLAH  sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari Gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.Barangsiapa yang membaca 
BISMILLAH  sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..

15 July 2011

Doa melembutkan hati

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah assy-Syuura

Bermaksud: Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran

bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir “Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman” berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan

bermaksud: Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa
Ayat 40, Surah Ibrahim

bermaksud: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku


Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.




Kisah Air Kencing Anjing Hitam

Kisahnye begini,

Pada zaman nabi musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia tiada zuriat dan snagat menginginkannya. Lalu, terdetik didalam hatinya untuk bernazar. "kalau akau dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam".

Takdir Allah S.W.T
isteri lelaki itu telah hamil dan mlahirkan anak.
Apabila sudah mendapat anak, lelaki ini pon runsinglah. Dia sudah bernazar nak minum air kencing anjing hitam. Bagaimana dia nak menunaikan nazar nya itu?

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, jika nazar benda yang haram, maka tak payahlah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, denagan susah hatinya pergilahbertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadike atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitamtetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat (solat mengikut syariat Nabi Musa a.s) dan minum air itu. Lelaki itu pon berasa senang hati dan segera menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, smpai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung, belum air tangan nya lagi.

Istighfar meminta ampun dan taubat dr ALLAH

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

  • Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
Sabdanya yang bermaksud: 
  • Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:
Maksudya:Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
  • Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.
Sabdanya yang bermaksud:
  • Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
Sabdanya yang bermaksud:
  • Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.


14 July 2011

Tips hilangkan mengantuk dan stress..

LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3
wa..wa..aaa

LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11
pusingkan kepala…

LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>