15 July 2011

Kisah Air Kencing Anjing Hitam

Kisahnye begini,

Pada zaman nabi musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia tiada zuriat dan snagat menginginkannya. Lalu, terdetik didalam hatinya untuk bernazar. "kalau akau dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam".

Takdir Allah S.W.T
isteri lelaki itu telah hamil dan mlahirkan anak.
Apabila sudah mendapat anak, lelaki ini pon runsinglah. Dia sudah bernazar nak minum air kencing anjing hitam. Bagaimana dia nak menunaikan nazar nya itu?

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, jika nazar benda yang haram, maka tak payahlah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, denagan susah hatinya pergilahbertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadike atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitamtetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat (solat mengikut syariat Nabi Musa a.s) dan minum air itu. Lelaki itu pon berasa senang hati dan segera menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, smpai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung, belum air tangan nya lagi.

No comments:

Post a Comment